Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Hujan kembali....

27/04/2010 Originally uploaded by Sikelu Yee haaa hujan dah mari pulak, kalau sebulan dua lepas memang panas terik dan juga mencengkam kulit, sekarang dah mula nyaman balik dan sawah sawah dah mula di penuhi air...

Mandi-mandi @ PTSS

Program mandi yang tiba-tiba!! Tiba-tiba, hari sabtu lalu, mama buat rancangan dengan tiba-tiba nak pi mandi kat Politeknik Syed Sirajuddin, jadi terpaksa la, petang tu juga kena cari pelampung untuk kedua-duanya, pasal Athirah punya pelampong yang dulu tuh dah bocor, adik lak belum ada, jadi kena keluar modal jugak lah... 

Kenapa dah lama tak ada en3.. ?

21042010032 Originally uploaded by Sikelu Haa.. ini salah satu sebab pasai apa aku agak kekalutan lah ni, sebenaqnya kami terlibat dalam membuat persembahan sempena Hari Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri, satu saringan untuk memilih 10 perseambahan terbaik akan di jalankan hujung bulan ni, jadi kena pulun buat latihan persembahan. Persembahan kami telah di persetujui bersama dengan Pengarah untuk buat dikir utara, means dalam dikir tuh, kami kena menggunakn loghat utara la, bukan kelantan atau terengganu,. dah tu pulak lyrics dia kena berkaitan dengan perkhidmatan awam juga.. Jenuh juga nak buat lirik dan juga mencari lagu yang sesuai.. apa-apa pun latihan sedang giat di jalankan, aku nih macam biasa la tumpang sekaki saja, jadi awak-awak kat belakang saja, main tepuk-tepuk , senang kan...

Final Update on Projek A..

ruang tgh.. dalam bilik.. entrance ke ruang tambahan tingkap & grill 05/04/2010 Originally uploaded by Sikelu Projek A.. merupakan satu projek untuk menambah satu bilik lagi di rumah, dah makin ramai lak orang di rumah, dan kerana tu makin banyak lak barang-barang keperluan, projek bermula dari 20/2/2010 dan berakhir pada dasarnya pada 19/03/2010, namun begitu ada beberapa kerja yang perlu di lakukan antaranya ialah pemasangan grill dan juga tirai tingkap. Dan kemarin dengan siapnya pemasangan grill maka dengan rasminya siap lah kerja-kerja penambahbaikkan rumah. Oleh kerana kerosakan teknikal pada kamera Nikon L3 aku tuh maka semangat nak tangkap gambar pon dah kontot jadinya, dan dengan itu aku jadi malas pulak nak buat update, walaupun begitu atas permintaan tinggi dari para peminat (perasan sudaaa..), aku sediakan juga update serabai ini..