Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 24, 2009

Al kisah.. Keriang dot..

Hari ni, tengah dok ronda-ronda dari blog ke blog, tiba-tiba ternampak satu keratan akhbar kat blog usoong nih, berita yang tertempek kat blog dia hanyalah gambaq keratan akhbar cerita tentang keriang dot. sebenarnya bila sebut buah keriang dot aku rasa lebih pada sebutan di sebelah Utara Semananjung Malaysia ( Kedah dan Perlis), kat tempat lain tak tahu lah pulak di panggil buah apa. Hmm  berita yang di petik dari Utusan Malaysia aku rasa, lebih kurang macam ni berita dia.. 

ini keratan akhbarnya..


Buah keriang dot semakin pupus
JERLUN 14 Mei - Bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung di utara tanah air pasti mengenali buah keriang dot yang mempunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur.
Jika dahulu pokok keriang dot mudah didapati di kawasan hutan dan pinggir kampung namun kini buah ini semakin sukar diperoleh.Mungkin juga generasi masa kini tidak lagi mengenali pokok dan buah keriang dot kerana pokoknya semakin pupus.Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.
Buah ini mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak dan kaya dengan khasiat daripada segi perubatan.Ibrahim Mansur, 51, berkata, pokok keriang dot di halaman rumahnya sudah berusia hampir 20 tahun. "Ayah saya yang menanam pokok ini dan kami memang tertunggu-tunggu apabila tiba musim buah keriang dot.
"Rasanya yang unik dan jarang ditemui menyebabkan rumah saya menjadi tumpuan apabila tiba musim buah ini," ujarnya ketika ditemui di Kampung Tempayan Pecah di sini baru-baru ini. Menurut Ibrahim, anak-anak kecil di kampung lebih mengenali buah ini dengan nama 'anggur Malaysia' kerana gugusan buah keriang yang masak kelihatan sama dengan buah anggur.
Katanya, selain mempunyai rasa yang enak buah ini juga berkesan bagi membantu pesakit kencing manis mengurangkan kadar gula dalam darah mereka. "Bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis, mereka tidak perlu bimbang untuk menjamah buah ini kerana ia tidak mempunyai kesan yang buruk bagi penghidap penyakit ini. "Biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum," jelasnya.
Ibrahim menambah, buah keriang dot semakin sukar diperoleh kerana pokok keriang semakin pupus. "Buah ini mempunyai khasiat daripada segi perubatan dan buah ini boleh dikomersialkan jika kajian saintifik mengenai khasiatnya dijalankan secara menyeluruh. "Saya amat mengalu-alukan jika ada pihak yang mahu menjalankan kajian bagi mengetahui rahsia di sebalik buah keriang dot," ujarnya.


ini lah buah di pokok nya
Sesungguhnya aku penggemar buah keriang dot nih sejak kecik sampai la sekarang, tetapi memang susah nak dapat sekarang ni, tapi masih ada di mana-mana, tak la sampai nak pupus cuma dah kurang kelihatan, akukatakan susahnak dapat pasal, akukena pi mintak di umah orang lain baru ada, kat umah aku tak da, itu yang je yang susahnya.. tapi khamis dan jumaat ari tu ada juga kawan aku yang bawak dari umah dia, boleh juga kau merasa

5 komen:

Zyma Saad said...

En.Kelu....
Ini la 1st time sy dgr nama buah Keriang Dot even sy ni Kedahan. Nampak sgt sy ni tak suka masuk dusun....heheheh.
Tp tgk buah tu mcm sedap je.

Neeza Shahril said...

alamak!! teringin lah pulak nak rasa.. sini takde lah keriang dot tu.. neeza rasa tak pernah jumpa pun kot.

*nak sikit!

hehehe...

arsaili said...

salam..wahh tak pernah la rasa buah ni tapi nampak tempting..ummm

Sikelu said...

Zyma.. keriang dot nih tak yah pi dusun, kat kampung-kampung pon ada..

Neeza...
heh yer lah kan tak pasti kat sebelah sana ada ke tak, tak penah nampak jugak... kalau sikit tak cukup.. kalau banyak tak muat.. Ha haaa..

arsaili.. baik cuba dulu..

ummi said...

aish....sedap betui buah khiang ni.rindu betui nak makan.dah berpuluh tahun tak jumpa.ingat2 waktu sek. ren,balik sek mesti singgah tepi gate landasan ketapi minum ayaq lepaih tu kutip buah khiang dekat kedai cina bernama A Hok.dpt sebijikpun jadilah.br cabut balik.boleh dapat no contack.bila balik Kedah kalau sudi boleh pi khumah.ni mengidam ni.sayonara.bye.