Skip to main content

Posts

Merdeka SPM!

  Alhamdulillah, selesai sudah anak sulong menghadapi peperiksaan SPM nya.. maka dengan itu secara rasminya berakhir persekolahannya. Moga segala usaha dan kegigihan dalam menempuh alam peperiksaan ini tetap akan menjadi kenangan seumur hidup.  Selepas ini akan melangkau ke alam dewasa, dah berumur 18 tahun bermula bulan Jun nanti. Maka harusnya kena berani membuat keputusan sendiri menghadapi alam realiti di masa akan datang. Tetapi sudah tentunya peranan ibu dan bapa masih tidak terhenti, tapi bukan lagi sebagai penentu arah tuju hanya seadar sumber rujukan dan pedoman untuk beliau menempuh hari-hari akan datang. Selamat berjaya dalam keputusan SPM nya nanti, apa jua keputusan yang akan di perolehi, adalah hasil dari usaha nya sendiri, kita hanya boleh tunjuk jalan, nasihat dan juga tunjuk ajar, namun bergantung sendiri pada usahanya juga. Apa pun mama dan abah akan tetapi ada untu mendapatkan nasihat dan rujukan. Moga sinar akan lebih terang untuk terus berjaya di masa akan datang.

salam SST 8 peratus hari ni

Ramai orang bagi salam SST 8 peratus hari ni. Pada saya, mengkritik tak ada masalah. Cuma mesti kena ada fahaman yang betul. Masalah orang kita, dia pun tak faham apa yang naik 8 peratus tu, tapi melompat bising lebih-lebih. Di Malaysia, cukai kita adalah SST (Sales and Service Tax). Kadar cukai sales dan service adalah berbeza. Sales tax dikenakan pada kadar 10 peratus (ada sesetengah barangan kena 5 peratus) tapi service tax sebelum ni ialah 6 peratus. Yang kerajaan nak naikkan itu ialah service tax dari 6 peratus kepada 8 peratus.Sementara itu, tiada perubahan kepada sales tax. Salah jika kita cakap SST naik 8 peratus Betul jika kita cakap service tax naik 8 peratus Akan tetapi, kenaikan dalam service tax ni pun ada pengecualian. Makanan, minuman dan telekomunikasi akan kekal pada 6 peratus. Contohnya, kau pegi restoran yang sebelum ni caj kau service tax dia akan still kenakan kau caj 6 peratus service tax. Rate ni tak berubah. Tapi kalau kau check in hotel, rate dia akan naik dari

Musim Timur Tua

  Namapak nya masih jauh nak hujan.. Menurut ramalan cuaca terkini, cuaca di Perlis pada hari ini adalah berjerebu dengan suhu sekitar 32 darjah Celsius. Ramalan cuaca untuk esok menunjukkan cuaca yang kebanyakannya cerah dengan suhu tertinggi sekitar 35 darjah Celsius. Walau bagaimanapun, tidak ada ramalan hujan dalam beberapa hari mendatang. Harap maklum bahawa ramalan cuaca boleh berubah dan anda disarankan untuk sentiasa memeriksa laman web ramalan cuaca untuk maklumat terkini.